Platinum Sponsor

DataKL Hosting

Cuba teka ini siapa?

Dah memang sah-sah la korang dah tahukan. Semestinya ini gambar aku. Kalau bukan aku, gambar siapa lagi? Jackie Koh sedang mengambil gambar pantulan daripada kaca mata aku.

Universiti Teknologi PETRONAS

Aku sekarang belajar kat sini la. Dah nak grad pun. Sangat best belajar kat sini. Tapi sekarang aku tengok macam dah tak best. Dulu je best. Hahaha.

Teratotech Sdn Bhd

Kat sini la dulu aku ber-praktikal. 8 bulan kamu tahu. Itu bukannya sekejap. Sangat lamaaaaaaa. Nasib baik je menarik. Kalau tak, mati kebosanan aku duduk situ lama-lama. xD

DataKL Hosting

Setakat ni, aku hanya pernah berurusan dengan DataKL sahaja. Dan aku memang yakin servis mereka ni memang terbaik. Kalau korang nak beli hosting, boleh ke laman web DataKL (klik gambar)

Rabu, September 08, 2010

Minggu 13 - Kelas PHP

0.Minggu 13, 30 Ogos 2010 - 5 Sept 2010.

1. Bos jemput seorang php trainer, En. Sumardi Shukor (founder php.net.my).

2. Semua developer Terato Tech terlibat untuk sesi pembelajaran tersebut selamat 4 hari (1 - 4 Sept).

3. Dan apa yang diajar oleh Cikgu Sumardi ni memang sangat berlainan la daripada kelas web programming masa Pisyek belajar dulu. Dalam kelas dulu lecturer takde la tunjuk-tunjuk sangat. Tunjuk sikit-sikit je. Hehehe...

4. Sekarang ni Pisyek rasa lebih yakin untuk melakukan pengatur-caraan web (web programming). xD

Minggu 12 - Ajar orang?

0. Minggu 12, 23 Ogos 2010 - 29 Ogos 2010.

1. Sperti biasa, fixing projek E-parlimen. Touch-up2 sikit. Hehehe...

2. Untuk undies, Pisyek perlu tambah lagi fungsi-fungsi baru.

3. Dan minggu ni agak istimewa sikit, pasal orang dari pihak Datuk Hasan Malek nak datang pejabat, untuk di-ajarkan tentang macam mana nak uruskan web e-parlimen ni nanti.

4. Cik Zulaikha dan En. Khairol datang pada hari (er,dah lupa)...

5. Hujung minggu pulak ikut pakcik Pisyek balik Perak. Dan Pisyek telah pun terkena sindrom selipar hilang. Sungguh tragis sekali. Huhuhu... Y__Y

6. Pastu pada suatu petang yang suam-suam kuku, ada la sekumpulan tabligh datang umh. Masa tu Pisyek, adik, dan opah je yang ada kat rumah. Lain-lain keluar, pergi bazar kot. Pisyek pun layan jugak la tabligh yang datang tu. Blablabla...

Minggu 11 - Balik Terengganu

0. Minggu 11, 16 Ogos 2010 - 22 Ogos 2010.

1. Masih lagi berkenaan Analytics dan Undies.

2. Untuk analytics, Pisyek perlu buat fungsi cek versi.

3. Untuk undies, kitorang brainstorm balik pasal macam mana nak buat app ni menarik dan menyebabkan ketagihan yang melampau kepada orang awam. Hehehe...

4. Design database dan logik, blablabla...

5. Dan yang lagi best untuk minggu ni, pakcik Pisyek nak balik Terengganu. Best gile ah~ Dah lama tak balik rumah. Hampir 3 bulan. Hehehe...

Minggu 10 - Undies

0. Minggu 10, 9 Ogos 2010 - 15 Ogos 2010.

1. Belajar buat web services. Macam mana tu?

2. Pisyek terlibat dalam satu lagi projek baru, Undies - We Color The World. Iphone dan android perlu berinteraksi dengan web, jadi Pisyek kene buat xml untuk benda-benda tu la.

3. Dan semua umat Islam khususnya di Malaysia mula berpuasa dalam minggu ini. Pisyek ucapkan Selamat Berpuasa kepada yang berpuasa SAHAJA. Yang tak puasa diam-diam sudah. xD

4. Dan minggu ni merupakan minggu terakhir kepada Aizuddin Manap di Terato Tech. Oh, jasa mu di kenang. Kah3...

Minggu 9 - Analytics

0. Minggu 9, 2 Ogos 2010 - 8 Ogos 2010.

1. Projek yang sama, E-Parlimen. Tambah fungsi baru, nak view sms yang telah dihantar.

2. Pisyek ade gak terlibat untuk satu lagi projek, Analytics. App ni lebih kurang macam google analytics la. Dan Pisyek kena buat graf dalam app ni.

3. Minggu ni ikut pakcik Pisyek ke Taman Negara, Pahang. Memang best la. Buleh main air, jumpa orang asli, er, lagi... tu je kot. Ekekeke...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More