Platinum Sponsor

DataKL Hosting

Cuba teka ini siapa?

Dah memang sah-sah la korang dah tahukan. Semestinya ini gambar aku. Kalau bukan aku, gambar siapa lagi? Jackie Koh sedang mengambil gambar pantulan daripada kaca mata aku.

Universiti Teknologi PETRONAS

Aku sekarang belajar kat sini la. Dah nak grad pun. Sangat best belajar kat sini. Tapi sekarang aku tengok macam dah tak best. Dulu je best. Hahaha.

Teratotech Sdn Bhd

Kat sini la dulu aku ber-praktikal. 8 bulan kamu tahu. Itu bukannya sekejap. Sangat lamaaaaaaa. Nasib baik je menarik. Kalau tak, mati kebosanan aku duduk situ lama-lama. xD

DataKL Hosting

Setakat ni, aku hanya pernah berurusan dengan DataKL sahaja. Dan aku memang yakin servis mereka ni memang terbaik. Kalau korang nak beli hosting, boleh ke laman web DataKL (klik gambar)

Rabu, Jun 29, 2011

Latihan Industri di Jomsocial!

Korang tahu tak Jomsocial ni apa? Jomsocial ni merupakan salah satu komponent Joomla! yang sangat feymes tahu. Dan yang lagi best, orang Malaysia yang buat.


Joomla! Day Malaysia 2011 baru-baru ni dianjurkan oleh team Jomsocial la. Aku dengar #retis ieyra ada risik-risik tempat internship dekat situ. Dengar-dengarnya ada.

Ofis dorang dekat MidValley. Best kan ada ofis dekat Mid. Nak tengok wayang pun senang. Transformers 3 pun dah start dah. =P

Detail aku tak tahu la pulak, tapi kalau korang berminat, boleh la try usha facebook dan twitter Jomsocial.

Rabu, Jun 15, 2011

Promoter wanita dikehendaki

Pernah dengar pasal kerja seorang promoter? Ala, yang promot-promot barang tu. Tapi yang ni bukan promot barang, tapi promoter untuk event. Wanita sahaja OK! Kompeni yang menawarkan kerja kosong ini adalah ISS Software Solution. Tempat adalah di Lembah Kelang.


Wanita yang dicari tidak semestinya secantik Miss Malaysia, atau pun se-seksi Fasha Sandha, atau pun se-hot Nora Danish, atau pun se-comel Nasha Aziz. Yang penting adalah korang willing to travel.

Korang keturunan malay ke, chinese ke, indian ke, korean ke (macam Pisyek), tak kisah. Kita kan 1Malaysia. Semua boleh apply (warganegara Malaysia sahaja).

Kepada wanita yang berminat, sila hantarkan resume anda ke: rais@iss.net.my / eric.leow@iss.net.my

P/s: Aku nampak iklan ni kat lowyat.

Isnin, Jun 13, 2011

Milkadeal mencari web developer!

Korang yang selalu main nuffnang mesti selalu nampak iklan milkadeal ni kan? Tahu tak milkadeal tu apa? Ala, macam jual-jual beli-beli yang win-win situation gitu la. Untuk tahu lebih lanjut pasal milkadeal ni, sila usha website milkadeal sendiri ya.


Merujuk kepada halaman iklan kerja kat website milkadeal ni, memang ada tempat kosong untuk web developer.

Ciri-ciri yang dicari adalah:

[+] Ada degree dalam Sains Komputer atau yang seangkatan dengannya.
[+] Mahir PHP, MySQL
[+] Berkebolehan dalam rangkakerja Yii (Yii framework)
[+] Boleh berlawak (ada sense of humour)

Hahaha, skill boleh berlawak ni first time aku dengar kau tahu! Kah kah kah. Usha milkadeal untuk lebih lanjut. Malas la pulak nak tulis. Adakah korang web developer yang dicari? Hehe.

Sabtu, Jun 11, 2011

Web designer di OrangeSoft

Orangesoft merupakan syarikat berstatus MSC Malaysia yang berpusat di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Sedang aku berjalan-jalan tadi, aku ternampak iklan pasal kompeni ni dekat jobstreet.


Boleh usha screenshot iklan kalau link jobstreet tu dah basi.

Posisi: Web Designer (Full-time:2)

Antara kerja yang korang perlu buat:
[+] Design and maintain websites
[+] Ikut arahan customer dan Pengarah Seni
[+] Menyumbangkan idea konsep dari masa ke masa

Syarat/Skill yang diperlukan:
[+] Mesti kreatif, detail-oriented
[+] XHTML, CSS, cross-browser development
[+] Adobe Photoshop, Dreamweaver
[+] Berbahasa Chinese, English

Kepada yang berminat, boleh emel resume, gaji yang korang nak, dan contact ke admin@os.my.

P/s: Aku rasa banner website dorang macam fail je, ikon Dr? Dw (Dreamweaver) tu aku tahu la. Kah kah kah. (No offence).

Rabu, Jun 08, 2011

Kerja kosong PHP programmer di Qinetics

Qinetics Solutions Berhad sedang mencari pekerja untuk memenuhi jawatan PHP programmer. Berapa tempat aku tak pasti sebab tidak dinyatakan.


Qinetics Solutions Berhad yang terletak di Bukit Jalil, Taman Teknologi Malaysia mencari PHP programmer yang akan bertanggungjawab dalam hal-hal seperti baik-pulih, naik taraf sistem yang ada dan macam-macam lagi.

Antara skill yang diperlukan adalah sudah semestinya orang yang dicari sememangnya fasih bertutur dalam bahasa PHP. hehehe. Boleh rujuk screenshot yang aku amik dari Jobstreet atau terus usha Jobstreet untuk maklumat lanjut.

Selasa, Jun 07, 2011

Web designer diperlukan di DMOne

Dulu aku pernah promot pasal DMOne ni. Tapi itu beberapa bulan lepas. Hari ini promot lagi. Hahaha. Aku nampak iklan pasal DMOne lagi di Jobstreet.


Posisi: Web Designer (2 orang)
Gaji: RM1800-2200
Tempat: Kota Damansara, Selangor
Untuk maklumat lanjut, sila usha website DMOne sendiri. OK?

P/s: Aku teringin nak jadi web designer, tapi aku tak cukup kreatif. T___T

Tempat praktikal di Webteq Solution

Webteq Solution merupakan kompeni yang membangunkan laman web, berpusat di Johor Bahru. Aku ada nampak iklan pasal kompeni ni dekat Jobstreet pagi tadi.


Maka, kepada mereka-mereka yang berdekatan dengan Johor bahru yang sedang mencari tempat berpraktikal atau ber-latihan industri (LI), jangan segan-segan untuk apply ye. Website Webteq Solution.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More