Platinum Sponsor

DataKL Hosting

Cuba teka ini siapa?

Dah memang sah-sah la korang dah tahukan. Semestinya ini gambar aku. Kalau bukan aku, gambar siapa lagi? Jackie Koh sedang mengambil gambar pantulan daripada kaca mata aku.

Universiti Teknologi PETRONAS

Aku sekarang belajar kat sini la. Dah nak grad pun. Sangat best belajar kat sini. Tapi sekarang aku tengok macam dah tak best. Dulu je best. Hahaha.

Teratotech Sdn Bhd

Kat sini la dulu aku ber-praktikal. 8 bulan kamu tahu. Itu bukannya sekejap. Sangat lamaaaaaaa. Nasib baik je menarik. Kalau tak, mati kebosanan aku duduk situ lama-lama. xD

DataKL Hosting

Setakat ni, aku hanya pernah berurusan dengan DataKL sahaja. Dan aku memang yakin servis mereka ni memang terbaik. Kalau korang nak beli hosting, boleh ke laman web DataKL (klik gambar)

Selasa, Julai 27, 2010

Minggu 7 - HMVC

0. Minggu 7, 19 Julai 2010 - 25 Julai 2010.

1. Oh~ SV Pisyek, Aizuddin Manap bakal berpindah ke suatu tempat yang tak dapat Pisyek kenalpasti lagi. Jadi nanti Pisyek dapat SV baru la. Hehehe... Selamat tinggal Mr Aizuddin. =P

2. Jadi, apa yang best minggu ni? Korang tahu tak pasal HMVC? HMVC ni adalah Hierarchical-Model-View-Controller, macam hebat sikit la daripada MVC. Oleh sebab E-Parlimen yang Pisyek selalu main sejak beberapa minggu yang lepas macam dah siap, SV suruh la pulak tolong beliau buat projek baru.

3. Projek baru ni takde la macam baru sangat, tapi macam baru la jugak =P. Dan projek tersebut berkaitan dengan undies. Ekekeke... Dan yang penting, menggunakan framework Codeigniter, HMVC.

4. Tapi HMVC ni Pisyek tak sempat nak explore dengan dalamnya lagi sebab tak jumpa sumber yang best. Kalo korang ade sumber2 yang best, buleh la promote kat sini. Hehehe...

5. Jumaat petang ke Sabak Bernam, Dorani Homestay.


6. SMK Cheras Perdana ada buat Kem Kepimpinan Integrasi dan Waja Diri kat situ. Pisyek ikut je la PakCik Pisyek sekeluarga ke sini. Program 2 hari 1 malam. Homestay Haji Dorani ni macam best. Jadi sape-sape berhajat nak singgah tengok-tengok boleh la. Tak tahu tempat / jalan? Google Map je... Ekekeke...

7. Pisyek ke sana bukan jalan-jalan makan angin je. Tapi ada jugak buat keje-keje ala-ala medtech gitu. Hahaha... Walaupun semasa di UTP tak sempat nak buat keje-keje macam yang crew-crew selalu  buat, kat sini pun Pisyek buleh buat la.

8. Video Coverage ---->
 Checking...
.
.
.


.
.
.
.
ok, dah bersedia untuk menembak
.
.
.

.
.
.
Dan tembak!!!! =P

9. Kelihatan beberapa suspek berwajah gumbira apabila ditembak. Hahahaha...


10. Hahaha... Memang menarik kan? =P . Junior trainee, trainee, crew-crew, senior crew tak payah la jelez dengan Pisyek ye. Pisyek tahu, korang memang jelez kan sebab Pisyek dapat buat coverage event kat Sabak Bernam. Hahahaha...

Selasa, Julai 20, 2010

Minggu 6 - Cron Job

0. Minggu 6, 12 Julai 2010 - 18 Julai 2010.

1. Dr Bob datang ke ofis, tapi lambat sampai. Tak jumpe jalan. Hehehe... Dr Bob pesan weekly report kne tulis panjang-panjang, baru dapat markah. Pisyek mane la suka tulis esei BI panjang-panjang. BM boleh la panjang-panjang. Ekekeke...

2. Result untuk sem lepas pun dah keluar secara rasmi. Dan keputusannya amatlah tidak memberangsangkan kerana tidak mencapai target. Walaubagaimanapun, ia masih lagi boleh dikira ok. Hehehe...

3. Minggu ni, Pisyek dengan comelnya telah berjaya membuat satu skrip aka shell yang akan menghantar data dari database ke satu server lain mengikut masa yang ditetapkan. Fenomena ini turut dikenali sebagai Cron Job.

4. Apa itu cron job? Cron is a time-based job scheduler in Unix-like computer operating systems. The name cron comes from the word "chronos", Greek for "time". Cron enables users to schedule jobs (commands or shell scripts) to run periodically at certain times or dates.

5. Macam mana nak setup benda ni? Cron ni kena set dekat server la. Korang masuk dalam Control Panel pastu pandai-pandai la cari bahagian Cron. Cron ni boleh diset paling kurang setiap 1 minit. Tak leh nak set bawah 60 saat. Tu mengikut server yang terlibat dengan kerja Pisyek sekarang ni la. Tapi rasanya semua server sama kot.

6. Hari Sabtu keluar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Kazen ajak pegi tengok Hari Koko sekolah tersebut.

7. Kemudian keluar ke Alamanda bersama 3 lagi rakan beliau dan seorang membe Pisyek. Ingat nak tengok cerita Mantra, alih-alih tak dapat pulak sebab ada 4 orang yang masih lagi bawah umur. Siot je budak-budak nih. Nape la korang x cepat2 berumur? Hehehe...

8. Cerita Mantra kategori 18 tahun ke atas? Ada apa lah sangat dalam cerita tu. Pisyek nak tengok cerita tu pasal nak tengok efek editing video je. Nanti ada la sikit modal nak bersembang dengan otai-otai video editor macam Adired, Syazwan dan Mahsyar. :P

9. Hari Ahad tak keluar ke mana-mana sebab hari hujan. XD

10. Minggu depan punye entri lagi menarik. Tunggu~ Hehehe... =P

Selasa, Julai 13, 2010

Minggu 5 - IPG Bangi

0. Minggu 5, 5 Julai 2010 - 11 Julai 2010.

1. Minggu ni sama macam minggu-minggu yang sebelumnya, buat e-parlimen lagi. Tambah-tambah feature, masuk data dalam database, dan lain-lain yang agak mencabar. Hahaha...

2. Bos belanja makan KFC minggu ni. Oh~ trimas bos! XD Korang jangan jelez plak. Ekekeke...

3. Hari Sabtu ingat nak ikut hantar opah kazen aku tu ke Perak, tapi tak jadi pasal nak pegi GB punye gathering.

4. Tapi last-last tak jadi pergi gathering GB tu sebab tak tahu tempatnye. Hahahaha... Cam siot je...

5. Tetibe Mursyid ajak keluar pegi Alamanda pulak. Ikut je la mursyid tu. Pegi naik kete roomate beliau.

6. Minggu depan, 15 Julai Dr Bob akan datang. Jadi, di sini ada Pisyek kepilkan peta camna nak datang ke Terato dari UKM.


7. Sape-sape nak tahu Terato Tech ni kat mana, boleh buka google map dan cari "jalan medan bangi". Kompom jumpe.


8. Hari Ahad pun Pisyek keluar pegi Alamanda lagi, tapi kali ni bukan dengan Mursyid la, tapi dengan member internet Pisyek yang dah lame kenal, hampir 5 tahun, tapi x pernah jumpe face-2-face. Hehehe... Beliau sekarang ni belajar kat IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi.

9. Siot je makcik ni, nak makan kat McD, tapi suruh aku yang belanja. Nasib baik duit ada banyak lagi. Hahaha...

10. Dengar cerita result pun nak keluar minggu depan. Ekekekeke... XD

Isnin, Julai 05, 2010

Minggu 4 - MOSC 2010

0. Minggu 4, 28 Jun 2010 - 4 Julai 2010

1. Minggu ni ada event besar, Malaysia Open Source Conference 2010 kat Hotel Berjaya Times Square. 29 Jun 2010 - 1 Julai 2010. Dan Pisyek berjaya ke sana untuk hari yang kedua dan ketiga.

2. Makanan kat sana memang best gile ah~ Rugi sape tak datang. Hehehe... Speakers pun buleh tahan best jugak, tapi ade gak yang tak best. Hehehe...

3. Terato Tech ada buka booth kat sana. Pisyek, Aizu, Halil, Henz, dan Fetty telah dihantar oleh kompeni untuk ke sini.

Henz - Fetty - Aizu - Halil

4. Dapat bergambar juga dengan Sam Moffatt, orang kuat Joomla! Hehehe...


Sam Moffatt depan booth Terato Tech

5. Pisyek juga sempat bergambar dengan Kerstin Pittl, speaker dari Google. Beliau nih bercakap pasal Google Earth dan Google Map.




6. Tapi ada gak yang tak best pasal MOSC 2010 ni. Participant tak dapat baju event. Nak baju kena beli sendiri. Memang hampeh gile... =.=

7. Tapi yg x best nye kebanyakkan pic yang diambil dari kamera  aku tu kelihatan x brape nk menjadi. Blur2... Huhuhu...

8. Kalau tak, ade banyak lagi gambar yang bnoleh aku share ngan korang di sini... Ekekeke~

9. Hari Sabtu ada Hari KoKo kat sekolah kazen aku ni. Pisyek g usha la sekejap dan takde benda yang menarik pun. Biasa-biasa je. Jual-jual. Pastu, tu je la.



10. Hari Ahad ada Hari Keluarga Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) di Stadium Sukan Negara Panasonic, Shah Alam. Baju tema warna merah. Jadi semua pergi pakai baju merah. Aku pergi sane tak masuk acara apa-apa pun. Bawak kamera tapi lupe letak kad memori pulak kat dalam. Jadi buleh snap 2-3 keping je la.. Hoho... Event tak sempat habis pun. Dalam pukul 11 pagi lebih kurang, hujan pun turun dengan lebatnya. Hahahaha.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More