Platinum Sponsor

DataKL Hosting

Selasa, Julai 20, 2010

Minggu 6 - Cron Job

0. Minggu 6, 12 Julai 2010 - 18 Julai 2010.

1. Dr Bob datang ke ofis, tapi lambat sampai. Tak jumpe jalan. Hehehe... Dr Bob pesan weekly report kne tulis panjang-panjang, baru dapat markah. Pisyek mane la suka tulis esei BI panjang-panjang. BM boleh la panjang-panjang. Ekekeke...

2. Result untuk sem lepas pun dah keluar secara rasmi. Dan keputusannya amatlah tidak memberangsangkan kerana tidak mencapai target. Walaubagaimanapun, ia masih lagi boleh dikira ok. Hehehe...

3. Minggu ni, Pisyek dengan comelnya telah berjaya membuat satu skrip aka shell yang akan menghantar data dari database ke satu server lain mengikut masa yang ditetapkan. Fenomena ini turut dikenali sebagai Cron Job.


4. Apa itu cron job? Cron is a time-based job scheduler in Unix-like computer operating systems. The name cron comes from the word "chronos", Greek for "time". Cron enables users to schedule jobs (commands or shell scripts) to run periodically at certain times or dates.

5. Macam mana nak setup benda ni? Cron ni kena set dekat server la. Korang masuk dalam Control Panel pastu pandai-pandai la cari bahagian Cron. Cron ni boleh diset paling kurang setiap 1 minit. Tak leh nak set bawah 60 saat. Tu mengikut server yang terlibat dengan kerja Pisyek sekarang ni la. Tapi rasanya semua server sama kot.

6. Hari Sabtu keluar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Kazen ajak pegi tengok Hari Koko sekolah tersebut.

7. Kemudian keluar ke Alamanda bersama 3 lagi rakan beliau dan seorang membe Pisyek. Ingat nak tengok cerita Mantra, alih-alih tak dapat pulak sebab ada 4 orang yang masih lagi bawah umur. Siot je budak-budak nih. Nape la korang x cepat2 berumur? Hehehe...

8. Cerita Mantra kategori 18 tahun ke atas? Ada apa lah sangat dalam cerita tu. Pisyek nak tengok cerita tu pasal nak tengok efek editing video je. Nanti ada la sikit modal nak bersembang dengan otai-otai video editor macam Adired, Syazwan dan Mahsyar. :P

9. Hari Ahad tak keluar ke mana-mana sebab hari hujan. XD

10. Minggu depan punye entri lagi menarik. Tunggu~ Hehehe... =P

2 ulasan:

Hoho, cron job set kat server eh? Input ye baik En.Pisyek! :D

oh~ terharu pisyek mendengarnye.. :P

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More