Platinum Sponsor

DataKL Hosting

Cuba teka ini siapa?

Dah memang sah-sah la korang dah tahukan. Semestinya ini gambar aku. Kalau bukan aku, gambar siapa lagi? Jackie Koh sedang mengambil gambar pantulan daripada kaca mata aku.

Universiti Teknologi PETRONAS

Aku sekarang belajar kat sini la. Dah nak grad pun. Sangat best belajar kat sini. Tapi sekarang aku tengok macam dah tak best. Dulu je best. Hahaha.

Teratotech Sdn Bhd

Kat sini la dulu aku ber-praktikal. 8 bulan kamu tahu. Itu bukannya sekejap. Sangat lamaaaaaaa. Nasib baik je menarik. Kalau tak, mati kebosanan aku duduk situ lama-lama. xD

DataKL Hosting

Setakat ni, aku hanya pernah berurusan dengan DataKL sahaja. Dan aku memang yakin servis mereka ni memang terbaik. Kalau korang nak beli hosting, boleh ke laman web DataKL (klik gambar)

Selasa, Jun 29, 2010

Minggu 3 - E-Parlimen

0. Minggu 3, 21 Jun 2010 - 27 Jun 2010.

1. Dapat tahu yang SV yang akan datang dari UTP adalah Dr Bob. Dr Bob!!!??? Yeah!!! Hahahaha... Tapi tak tahu lah camne nanti... Hohoho...

2. Minggu ni banyak tolong SV buat website e-parlimen. Website yang sedang dibuat sekarang adalah untuk parlimen Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

3. Banyak yang aku dapat belajar semasa proses pembikinan website ni. Lebih-lebih lagi dalam codeigniter.

4. Habis internship aku ni nanti aku rase la, aku akan jadi seorang codeigniter expertise. Hahahaha.... Korang jangan jelez pulak. :P

5. Bercadang nak mula buat report mingguan yang tak pernah-pernah buat dari minggu 1 tapi masih tak terbuat sampailah sekarang. Ekekeke...

6. Teringin nak pergi MOSC 2010 (Malaysia Open Source Conference 2010). Tapi MOSC 2010 jatuh pada 29 Jun 2010 - 1 Julai 2010. Hari kerja. Agak-agak Bos bagi tak? Hurm...

7. Dalam seminggu ni, aku rasa aku dah mahir dengan CRUD (create, read, update, delete) dalam codeigniter. Hari-hari buat benda sama. Boring gak kadang-kadang.

8. Hujung minggu pergi ke pantai Bagan Lalang. Pantai Bagan Lalang ni aku tengok takde la cantik sangat, tapi makan-makan kat situ memang best. Lebih-lebih lagi kalau ade orang yang belanja. Hahaha... Pakcik aku bawak semua makan-makan kat situ. Dinner kat sebuah kedai berhampiran pantai. Makan sotong, udang, kerang... Pergh!! Memang mantap la... XD

9. Sabtu depan Kazen aku ajak g skolah beliau. Ade event ape ntah. Hari Ahad lak Pakcik aku ajak g hari keluarga. Hurm... Bz gile tiap-tiap weekend. Hehehe...

10. Sekian~

Ahad, Jun 20, 2010

Minggu 2 - E-Cuti

0. Minggu 2, 14 Jun 2010 - 20 Jun 2010.

1. Salam sejahtera kalian. Maka bersambung lagilah tulisan Pisyek untuk minggu kedua latihan industri atau praktikal di Terato Tech ni.

2. E-Cuti yang SV suruh buat tu, Pisyek berjaya siapkan fungsi-fungsi asas macam login, logout, admin, dan apply cuti je. Memang cikai gile ah. Masih jauh lagi, banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang boleh Pisyek tambah.


Berada dihadapan pejabat Terato Tech

3. Gambar di atas bukan lah nak promote 1Malaysia ke ape, tapi cumalah nak tunjuk signboard Terato Tech tu. Hehehe...

4. E-Cuti yang Pisyek buat tu menggunakan Code Igniter. Apa itu Code Igniter? Code Igniter ni merupakan satu framework. Nak tahu lebih lanjut sila google sendiri. XD

5. Minggu ni bos belanja semua makan di Nasi Ayam Gemas. Er, rasanya cam biasa-biasa sahaja. Hehehe... Walaubagaimanapun, sebelah kedai Nasi Ayam Gemas ni, ada satu kedai yang jual keropok. Pergh, memang best la keropok kedai tu. Memang terasa ikan betul la. Segar lagi menyelerakan. Ekekeke... Nanti-kan gambar kedai tu.

6. Disebabkan oleh banyak kerja-kerja projek yang perlu disiapkan oleh team web, maka SV suruh Pisyek tolong beliau pula. Tolong sikit-sikit je, Pisyek bukan hebat sangat. (Oh, aku baru tahu yang aku ni x hebat sangat pun, hahahaha....)

7. Kalau kalian nak tahu, hari Jumaat selalunya akan diadakan meeting. So Friday is a meeting day. Hehehe...

8. Hurm, entri akan datang ingat nak post la camne cara pemakaian Pisyek ke ofis setiap hari. Hahahaha.... Mesti korang jelez nanti. Hehehe...

9. Ada beberapa lagi gambar yang hendak dikongsi sebenarnya, tapi rasa macam malas la pulak. Hahaha... Jadi, rasanya sampai di sini dahulu laporan Pisyek untuk kali ini. Semoga minggu depan banyak lagi benda-benda yang menarik untuk pisyek kongsikan.

Ahad, Jun 13, 2010

Minggu 1 - MAS di Terato Tech

0. Minggu satu, 7 Jun 2010 - 13 Jun 2010.

1. Hari ni genaplah 7 hari Pisyek di Bangi. Dah lima hari berpraktikal di Terato Tech. Isnin - Jumaat. 9 am - 6 pm.

2. Best ke Terato Tech ni? Dari 5 hari yang telah pun berlalu, Pisyek rase Terato Tech ni memang best untuk sesiapa yang nak menimba ilmu dengan banyaknya sewaktu latihan industri.

3. Nama Plant SV Pisyek ialah Aizuddin Manap. Beliau amatlah, er.. tuutt.. Hehe... Pisyek amat menyenangi beliau. Beliau ni baru je dengan Terato Tech. Baru masuk awal tahun 2010 katanya. Tapi beliau memang hebat. Tiada keraguan lagi. Pasal buat-buat web nih, hasil keje beliau memang mantop la daripada pandangan mata Pisyek.

4. Bos Terato Tech ni pun best gak. Minggu ni bos belanje semua makan KFC.

5. Tapi Pisyek dengan Mursyid kne makan atas lantai. Sebab meja makan tak muat. Hahaha... Di Terato ni, kate bos, ade 15 staff semua skali. Kecil sangat Terato Tech ni jika nak dibandingkan dengan PETRONAS kan? Hehehe....

6. Minggu ni Pisyek belajar apa itu SMARTY, Code Igniter dan refresh balik pasal PHP.

7. Dan ade satu task telah ditugaskan kepada Pisyek(tapi sebenarnya ada beberapa, ntah macam serabut je.. hoho...). Pisyek kene buat sistem E-Cuti. Apa tu? Ntah la... Ekekeke...

8. Dan ketika entri ini ditulis, sistem tersebut masih lagi belum siap. Jauh lagi. Baru siap part registration. Tu pun berterabur. Hohoho....

9. Jadi sekarang ni pulak tengah saspen sape la SV UTP yang akan datang pada minggu yang akan datang.

10. Harap-harap boleh la survive untuk minggu-minggu yang akan datang. Gud lak juge kepada teman-teman yang tengah intern, tak kira dimana anda berada, ingatlah Pisyek selalu... Hahahaha... XD

Jumaat, Jun 11, 2010

Sekapur sireh

1. Ini merupakan satu lagi hasil blog caca-marba Pisyek yang ntah ape-ape2.

2. Tujuan blog ini dihasilkan adalah sebagai diari mingguan, catatan Pisyek selama 32 minggu di Terato Tech, Jun 2010 - Jan 2011 (insya-Allah).

3. Kepada mereka-mereka yg tersesat di blog ini, lalu merasa tidak senang, panas hati, iri hati, dan lain-lain masalah berkenaan hati, sila tinggalkan sebarang jejak sebelum anda ke hospital atau berjumpa dengan mana-mana bomoh agar Pisyek boleh trace kalian kembali.

4. Segala cadangan, pendapat, kritikan adalah diterima dengan hati yang terbuka.

5. Entri yang akan datang akan ditulis pada hari Ahad, 13 Jun 2010 (insya-Allah).

6. Korang rasa korang akan datang jenguk blog ni selalu ke?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More