0. Minggu 2, 14 Jun 2010 - 20 Jun 2010.
1. Salam sejahtera kalian. Maka bersambung lagilah tulisan Pisyek untuk minggu kedua latihan industri atau praktikal di Terato Tech ni.
2. E-Cuti yang SV suruh buat tu, Pisyek berjaya siapkan fungsi-fungsi asas macam login, logout, admin, dan apply cuti je. Memang cikai gile ah. Masih jauh lagi, banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang boleh Pisyek tambah.
Berada dihadapan pejabat Terato Tech
3. Gambar di atas bukan lah nak promote 1Malaysia ke ape, tapi cumalah nak tunjuk signboard Terato Tech tu. Hehehe...
4. E-Cuti yang Pisyek buat tu menggunakan Code Igniter. Apa itu Code Igniter? Code Igniter ni merupakan satu framework. Nak tahu lebih lanjut sila google sendiri. XD
5. Minggu ni bos belanja semua makan di Nasi Ayam Gemas. Er, rasanya cam biasa-biasa sahaja. Hehehe... Walaubagaimanapun, sebelah kedai Nasi Ayam Gemas ni, ada satu kedai yang jual keropok. Pergh, memang best la keropok kedai tu. Memang terasa ikan betul la. Segar lagi menyelerakan. Ekekeke... Nanti-kan gambar kedai tu.
6. Disebabkan oleh banyak kerja-kerja projek yang perlu disiapkan oleh team web, maka SV suruh Pisyek tolong beliau pula. Tolong sikit-sikit je, Pisyek bukan hebat sangat. (Oh, aku baru tahu yang aku ni x hebat sangat pun, hahahaha....)
7. Kalau kalian nak tahu, hari Jumaat selalunya akan diadakan meeting. So Friday is a meeting day. Hehehe...
8. Hurm, entri akan datang ingat nak post la camne cara pemakaian Pisyek ke ofis setiap hari. Hahahaha.... Mesti korang jelez nanti. Hehehe...
9. Ada beberapa lagi gambar yang hendak dikongsi sebenarnya, tapi rasa macam malas la pulak. Hahaha... Jadi, rasanya sampai di sini dahulu laporan Pisyek untuk kali ini. Semoga minggu depan banyak lagi benda-benda yang menarik untuk pisyek kongsikan.





2 ulasan:
hahaha... tag 1 malaysia, traffic pnyer pasal r ni...
weh tunjuk la plak camne workstation korang... nk tgk gak..hahaha
xde nye... haha... kalo blog nih buleh buat 50 UV sehari, kire ok gak.. hehe..
Catat Ulasan