Platinum Sponsor

DataKL Hosting

Ahad, Jun 13, 2010

Minggu 1 - MAS di Terato Tech

0. Minggu satu, 7 Jun 2010 - 13 Jun 2010.

1. Hari ni genaplah 7 hari Pisyek di Bangi. Dah lima hari berpraktikal di Terato Tech. Isnin - Jumaat. 9 am - 6 pm.

2. Best ke Terato Tech ni? Dari 5 hari yang telah pun berlalu, Pisyek rase Terato Tech ni memang best untuk sesiapa yang nak menimba ilmu dengan banyaknya sewaktu latihan industri.

3. Nama Plant SV Pisyek ialah Aizuddin Manap. Beliau amatlah, er.. tuutt.. Hehe... Pisyek amat menyenangi beliau. Beliau ni baru je dengan Terato Tech. Baru masuk awal tahun 2010 katanya. Tapi beliau memang hebat. Tiada keraguan lagi. Pasal buat-buat web nih, hasil keje beliau memang mantop la daripada pandangan mata Pisyek.

4. Bos Terato Tech ni pun best gak. Minggu ni bos belanje semua makan KFC.

5. Tapi Pisyek dengan Mursyid kne makan atas lantai. Sebab meja makan tak muat. Hahaha... Di Terato ni, kate bos, ade 15 staff semua skali. Kecil sangat Terato Tech ni jika nak dibandingkan dengan PETRONAS kan? Hehehe....

6. Minggu ni Pisyek belajar apa itu SMARTY, Code Igniter dan refresh balik pasal PHP.

7. Dan ade satu task telah ditugaskan kepada Pisyek(tapi sebenarnya ada beberapa, ntah macam serabut je.. hoho...). Pisyek kene buat sistem E-Cuti. Apa tu? Ntah la... Ekekeke...

8. Dan ketika entri ini ditulis, sistem tersebut masih lagi belum siap. Jauh lagi. Baru siap part registration. Tu pun berterabur. Hohoho....

9. Jadi sekarang ni pulak tengah saspen sape la SV UTP yang akan datang pada minggu yang akan datang.

10. Harap-harap boleh la survive untuk minggu-minggu yang akan datang. Gud lak juge kepada teman-teman yang tengah intern, tak kira dimana anda berada, ingatlah Pisyek selalu... Hahahaha... XD

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More