Platinum Sponsor

DataKL Hosting

Cuba teka ini siapa?

Dah memang sah-sah la korang dah tahukan. Semestinya ini gambar aku. Kalau bukan aku, gambar siapa lagi? Jackie Koh sedang mengambil gambar pantulan daripada kaca mata aku.

Universiti Teknologi PETRONAS

Aku sekarang belajar kat sini la. Dah nak grad pun. Sangat best belajar kat sini. Tapi sekarang aku tengok macam dah tak best. Dulu je best. Hahaha.

Teratotech Sdn Bhd

Kat sini la dulu aku ber-praktikal. 8 bulan kamu tahu. Itu bukannya sekejap. Sangat lamaaaaaaa. Nasib baik je menarik. Kalau tak, mati kebosanan aku duduk situ lama-lama. xD

DataKL Hosting

Setakat ni, aku hanya pernah berurusan dengan DataKL sahaja. Dan aku memang yakin servis mereka ni memang terbaik. Kalau korang nak beli hosting, boleh ke laman web DataKL (klik gambar)

Ahad, Disember 05, 2010

Minggu 20 - Melancong ke Kuala Pilah

0. Minggu 20, 18 Okt 2010 - 24 Okt 2010

1. Aku berkesempatan untuk melancong ke Kuala Pilah. Bersama-sama aku adalah En. Razali dan Puan Fetty. (kah kah kah)...

2. Ade pak imam cakap aku macam 15 tahun ok!

3. Selain daripada itu, aku jugak ade main-main dengan mobile punya view, untuk website MOSTI versi mobile nanti.

Minggu 22 - MyGOSSCon 2010

0. Minggu 22, 1 November 2010 - 7 November 2010

1. Pergi MyGOSSCon 2010 kat PICC.

2. Tambah sharing feature dalam EKP.

Minggu 21 - Urekaweekend

0. Minggu 21, 25 Okt 2010 - 31 Okt 2010

1. Perlu selesaikan HDC punya data.

2. Join Urekaweekend. Jumpa Dila Zamry dan Dg Ku. Semangat gile korang datang dari Penang. Hehehe...

Isnin, November 29, 2010

Minggu 19 - Dun pulak

0. Minggu 19, 11 Okt 2010 - 17 Okt 2010

1. Buat google maps api lagi.

2. Hari tu dah main sikit, kali ni kena main lagi. Kalau hari tu tambah layer untuk kawasan,kali ni tambah layer untuk dun.

3. Semudah ABC! Hahaha...

4. Bila e-parlimen ni nak habis da....

Minggu 18 - MOSTI mobile web

0. Minggu 18, 4 Okt 2010 - 10 Okt 2010

1. Pegi MOSTI, jumpa orang sana untuk bincang buat mobile web.

2. Maaf cakap, website MOSTI yang ada sekarang pun sangat lah semak. Aku tak tahu lah jika terdapat sindrom drakula versi moden yang berlaku semasa proses pembikinan website tu.

3. OK. Jumpa dan buat!

Minggu 17 - Halal

0. Minggu 17, 27 Sept 2010 - 3 Okt 2010

1. First time rasa buat data entri. Hahaha...

2. Data HDC ni banyak sangat, jadi aku kena tolong budak fetty tu buat.

3. HDC ni apa? Halal Industry Development Corporation. Ada satu applikasi yang Terato Tech buat, bernama Halal. Dengan applikasi ni, korang boleh tahu kedudukan kedai-kedai yang kasi servis halal la. Applikasi hi untuk iPhone dan Android. Jadi data tu, tarik web services punya.

4. Jadi data dalam web tu kena la update. Sampai naik juling aku tengok google maps, cari lokasi kedai-kedai. Update data. Bla bla bla...

5. Bila nak habis aku pun tak tahu. Hehehe...

Minggu 16 - Analytics yang tak habis

0. Minggu 16, 20 Sept 2010 - 26 Sept 2010

1. Aku kena betulkan date picker dalam web analytics. Sebab ada client cakap tak best.

2. Date picker ni dah banyak kali tukar. Haram jadah sungguh.

3. Dan aku tukar la... Hehe...

4. Function download pun aku betulkan jugak. Kedudukan button download pun tukar sama.

Minggu 15 - Hari raya

0. Minggu 15, 13 Sept 2010 - 19 Sept 2010

1. Hari ni hari raya, tapi aku tak balik-balik kampung aku lagi. Tapi aku dah balik kampung orang lain. Macam mana tu?

2. Malah hari raya ke-3 baru aku sampai rumah terchenta aku. Sedih gile. Hahaha...

Minggu 14 - Google Maps API

0. Minggu 14, 6 Sept 2010 - 12 Sept 2010

1. Raya dah nak dekat, jadi ada yang dah amik cuti awal.

2. Buat projek e-parlimen lagi pada minggu ini.

3. Study google map sikit.

4. Tambah butang hide layer. hohoho...

Rabu, September 08, 2010

Minggu 13 - Kelas PHP

0.Minggu 13, 30 Ogos 2010 - 5 Sept 2010.

1. Bos jemput seorang php trainer, En. Sumardi Shukor (founder php.net.my).

2. Semua developer Terato Tech terlibat untuk sesi pembelajaran tersebut selamat 4 hari (1 - 4 Sept).

3. Dan apa yang diajar oleh Cikgu Sumardi ni memang sangat berlainan la daripada kelas web programming masa Pisyek belajar dulu. Dalam kelas dulu lecturer takde la tunjuk-tunjuk sangat. Tunjuk sikit-sikit je. Hehehe...

4. Sekarang ni Pisyek rasa lebih yakin untuk melakukan pengatur-caraan web (web programming). xD

Minggu 12 - Ajar orang?

0. Minggu 12, 23 Ogos 2010 - 29 Ogos 2010.

1. Sperti biasa, fixing projek E-parlimen. Touch-up2 sikit. Hehehe...

2. Untuk undies, Pisyek perlu tambah lagi fungsi-fungsi baru.

3. Dan minggu ni agak istimewa sikit, pasal orang dari pihak Datuk Hasan Malek nak datang pejabat, untuk di-ajarkan tentang macam mana nak uruskan web e-parlimen ni nanti.

4. Cik Zulaikha dan En. Khairol datang pada hari (er,dah lupa)...

5. Hujung minggu pulak ikut pakcik Pisyek balik Perak. Dan Pisyek telah pun terkena sindrom selipar hilang. Sungguh tragis sekali. Huhuhu... Y__Y

6. Pastu pada suatu petang yang suam-suam kuku, ada la sekumpulan tabligh datang umh. Masa tu Pisyek, adik, dan opah je yang ada kat rumah. Lain-lain keluar, pergi bazar kot. Pisyek pun layan jugak la tabligh yang datang tu. Blablabla...

Minggu 11 - Balik Terengganu

0. Minggu 11, 16 Ogos 2010 - 22 Ogos 2010.

1. Masih lagi berkenaan Analytics dan Undies.

2. Untuk analytics, Pisyek perlu buat fungsi cek versi.

3. Untuk undies, kitorang brainstorm balik pasal macam mana nak buat app ni menarik dan menyebabkan ketagihan yang melampau kepada orang awam. Hehehe...

4. Design database dan logik, blablabla...

5. Dan yang lagi best untuk minggu ni, pakcik Pisyek nak balik Terengganu. Best gile ah~ Dah lama tak balik rumah. Hampir 3 bulan. Hehehe...

Minggu 10 - Undies

0. Minggu 10, 9 Ogos 2010 - 15 Ogos 2010.

1. Belajar buat web services. Macam mana tu?

2. Pisyek terlibat dalam satu lagi projek baru, Undies - We Color The World. Iphone dan android perlu berinteraksi dengan web, jadi Pisyek kene buat xml untuk benda-benda tu la.

3. Dan semua umat Islam khususnya di Malaysia mula berpuasa dalam minggu ini. Pisyek ucapkan Selamat Berpuasa kepada yang berpuasa SAHAJA. Yang tak puasa diam-diam sudah. xD

4. Dan minggu ni merupakan minggu terakhir kepada Aizuddin Manap di Terato Tech. Oh, jasa mu di kenang. Kah3...

Minggu 9 - Analytics

0. Minggu 9, 2 Ogos 2010 - 8 Ogos 2010.

1. Projek yang sama, E-Parlimen. Tambah fungsi baru, nak view sms yang telah dihantar.

2. Pisyek ade gak terlibat untuk satu lagi projek, Analytics. App ni lebih kurang macam google analytics la. Dan Pisyek kena buat graf dalam app ni.

3. Minggu ni ikut pakcik Pisyek ke Taman Negara, Pahang. Memang best la. Buleh main air, jumpa orang asli, er, lagi... tu je kot. Ekekeke...

Isnin, Ogos 09, 2010

Minggu 8 - JQuery

0. Minggu 8, 26 Julai 2010 - 1 Ogos 2010.

1. First time pisyek main dengan jQuery secara mendalam, buat galeri gambar. jQuery + Lightbox + jCaraousel = galeri gambar yang boleh main skrol-skrol dan comel gitu. Hahahaha...

2. Pastu pisyek coba-coba untuk buat graf yang x brape cun macam google analytics. Guna highcharts. Susah gile ah~

3. Weekend pergi HAMFEST. HAMFEST ni merupakan yang pertama kali diadakan di Malaysia.


Selasa, Julai 27, 2010

Minggu 7 - HMVC

0. Minggu 7, 19 Julai 2010 - 25 Julai 2010.

1. Oh~ SV Pisyek, Aizuddin Manap bakal berpindah ke suatu tempat yang tak dapat Pisyek kenalpasti lagi. Jadi nanti Pisyek dapat SV baru la. Hehehe... Selamat tinggal Mr Aizuddin. =P

2. Jadi, apa yang best minggu ni? Korang tahu tak pasal HMVC? HMVC ni adalah Hierarchical-Model-View-Controller, macam hebat sikit la daripada MVC. Oleh sebab E-Parlimen yang Pisyek selalu main sejak beberapa minggu yang lepas macam dah siap, SV suruh la pulak tolong beliau buat projek baru.

3. Projek baru ni takde la macam baru sangat, tapi macam baru la jugak =P. Dan projek tersebut berkaitan dengan undies. Ekekeke... Dan yang penting, menggunakan framework Codeigniter, HMVC.

4. Tapi HMVC ni Pisyek tak sempat nak explore dengan dalamnya lagi sebab tak jumpa sumber yang best. Kalo korang ade sumber2 yang best, buleh la promote kat sini. Hehehe...

5. Jumaat petang ke Sabak Bernam, Dorani Homestay.


6. SMK Cheras Perdana ada buat Kem Kepimpinan Integrasi dan Waja Diri kat situ. Pisyek ikut je la PakCik Pisyek sekeluarga ke sini. Program 2 hari 1 malam. Homestay Haji Dorani ni macam best. Jadi sape-sape berhajat nak singgah tengok-tengok boleh la. Tak tahu tempat / jalan? Google Map je... Ekekeke...

7. Pisyek ke sana bukan jalan-jalan makan angin je. Tapi ada jugak buat keje-keje ala-ala medtech gitu. Hahaha... Walaupun semasa di UTP tak sempat nak buat keje-keje macam yang crew-crew selalu  buat, kat sini pun Pisyek buleh buat la.

8. Video Coverage ---->
 Checking...
.
.
.


.
.
.
.
ok, dah bersedia untuk menembak
.
.
.

.
.
.
Dan tembak!!!! =P

9. Kelihatan beberapa suspek berwajah gumbira apabila ditembak. Hahahaha...


10. Hahaha... Memang menarik kan? =P . Junior trainee, trainee, crew-crew, senior crew tak payah la jelez dengan Pisyek ye. Pisyek tahu, korang memang jelez kan sebab Pisyek dapat buat coverage event kat Sabak Bernam. Hahahaha...

Selasa, Julai 20, 2010

Minggu 6 - Cron Job

0. Minggu 6, 12 Julai 2010 - 18 Julai 2010.

1. Dr Bob datang ke ofis, tapi lambat sampai. Tak jumpe jalan. Hehehe... Dr Bob pesan weekly report kne tulis panjang-panjang, baru dapat markah. Pisyek mane la suka tulis esei BI panjang-panjang. BM boleh la panjang-panjang. Ekekeke...

2. Result untuk sem lepas pun dah keluar secara rasmi. Dan keputusannya amatlah tidak memberangsangkan kerana tidak mencapai target. Walaubagaimanapun, ia masih lagi boleh dikira ok. Hehehe...

3. Minggu ni, Pisyek dengan comelnya telah berjaya membuat satu skrip aka shell yang akan menghantar data dari database ke satu server lain mengikut masa yang ditetapkan. Fenomena ini turut dikenali sebagai Cron Job.

4. Apa itu cron job? Cron is a time-based job scheduler in Unix-like computer operating systems. The name cron comes from the word "chronos", Greek for "time". Cron enables users to schedule jobs (commands or shell scripts) to run periodically at certain times or dates.

5. Macam mana nak setup benda ni? Cron ni kena set dekat server la. Korang masuk dalam Control Panel pastu pandai-pandai la cari bahagian Cron. Cron ni boleh diset paling kurang setiap 1 minit. Tak leh nak set bawah 60 saat. Tu mengikut server yang terlibat dengan kerja Pisyek sekarang ni la. Tapi rasanya semua server sama kot.

6. Hari Sabtu keluar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi. Kazen ajak pegi tengok Hari Koko sekolah tersebut.

7. Kemudian keluar ke Alamanda bersama 3 lagi rakan beliau dan seorang membe Pisyek. Ingat nak tengok cerita Mantra, alih-alih tak dapat pulak sebab ada 4 orang yang masih lagi bawah umur. Siot je budak-budak nih. Nape la korang x cepat2 berumur? Hehehe...

8. Cerita Mantra kategori 18 tahun ke atas? Ada apa lah sangat dalam cerita tu. Pisyek nak tengok cerita tu pasal nak tengok efek editing video je. Nanti ada la sikit modal nak bersembang dengan otai-otai video editor macam Adired, Syazwan dan Mahsyar. :P

9. Hari Ahad tak keluar ke mana-mana sebab hari hujan. XD

10. Minggu depan punye entri lagi menarik. Tunggu~ Hehehe... =P

Selasa, Julai 13, 2010

Minggu 5 - IPG Bangi

0. Minggu 5, 5 Julai 2010 - 11 Julai 2010.

1. Minggu ni sama macam minggu-minggu yang sebelumnya, buat e-parlimen lagi. Tambah-tambah feature, masuk data dalam database, dan lain-lain yang agak mencabar. Hahaha...

2. Bos belanja makan KFC minggu ni. Oh~ trimas bos! XD Korang jangan jelez plak. Ekekeke...

3. Hari Sabtu ingat nak ikut hantar opah kazen aku tu ke Perak, tapi tak jadi pasal nak pegi GB punye gathering.

4. Tapi last-last tak jadi pergi gathering GB tu sebab tak tahu tempatnye. Hahahaha... Cam siot je...

5. Tetibe Mursyid ajak keluar pegi Alamanda pulak. Ikut je la mursyid tu. Pegi naik kete roomate beliau.

6. Minggu depan, 15 Julai Dr Bob akan datang. Jadi, di sini ada Pisyek kepilkan peta camna nak datang ke Terato dari UKM.


7. Sape-sape nak tahu Terato Tech ni kat mana, boleh buka google map dan cari "jalan medan bangi". Kompom jumpe.


8. Hari Ahad pun Pisyek keluar pegi Alamanda lagi, tapi kali ni bukan dengan Mursyid la, tapi dengan member internet Pisyek yang dah lame kenal, hampir 5 tahun, tapi x pernah jumpe face-2-face. Hehehe... Beliau sekarang ni belajar kat IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi.

9. Siot je makcik ni, nak makan kat McD, tapi suruh aku yang belanja. Nasib baik duit ada banyak lagi. Hahaha...

10. Dengar cerita result pun nak keluar minggu depan. Ekekekeke... XD

Isnin, Julai 05, 2010

Minggu 4 - MOSC 2010

0. Minggu 4, 28 Jun 2010 - 4 Julai 2010

1. Minggu ni ada event besar, Malaysia Open Source Conference 2010 kat Hotel Berjaya Times Square. 29 Jun 2010 - 1 Julai 2010. Dan Pisyek berjaya ke sana untuk hari yang kedua dan ketiga.

2. Makanan kat sana memang best gile ah~ Rugi sape tak datang. Hehehe... Speakers pun buleh tahan best jugak, tapi ade gak yang tak best. Hehehe...

3. Terato Tech ada buka booth kat sana. Pisyek, Aizu, Halil, Henz, dan Fetty telah dihantar oleh kompeni untuk ke sini.

Henz - Fetty - Aizu - Halil

4. Dapat bergambar juga dengan Sam Moffatt, orang kuat Joomla! Hehehe...


Sam Moffatt depan booth Terato Tech

5. Pisyek juga sempat bergambar dengan Kerstin Pittl, speaker dari Google. Beliau nih bercakap pasal Google Earth dan Google Map.




6. Tapi ada gak yang tak best pasal MOSC 2010 ni. Participant tak dapat baju event. Nak baju kena beli sendiri. Memang hampeh gile... =.=

7. Tapi yg x best nye kebanyakkan pic yang diambil dari kamera  aku tu kelihatan x brape nk menjadi. Blur2... Huhuhu...

8. Kalau tak, ade banyak lagi gambar yang bnoleh aku share ngan korang di sini... Ekekeke~

9. Hari Sabtu ada Hari KoKo kat sekolah kazen aku ni. Pisyek g usha la sekejap dan takde benda yang menarik pun. Biasa-biasa je. Jual-jual. Pastu, tu je la.



10. Hari Ahad ada Hari Keluarga Jabatan Pelajaran Selangor (JPS) di Stadium Sukan Negara Panasonic, Shah Alam. Baju tema warna merah. Jadi semua pergi pakai baju merah. Aku pergi sane tak masuk acara apa-apa pun. Bawak kamera tapi lupe letak kad memori pulak kat dalam. Jadi buleh snap 2-3 keping je la.. Hoho... Event tak sempat habis pun. Dalam pukul 11 pagi lebih kurang, hujan pun turun dengan lebatnya. Hahahaha.

Selasa, Jun 29, 2010

Minggu 3 - E-Parlimen

0. Minggu 3, 21 Jun 2010 - 27 Jun 2010.

1. Dapat tahu yang SV yang akan datang dari UTP adalah Dr Bob. Dr Bob!!!??? Yeah!!! Hahahaha... Tapi tak tahu lah camne nanti... Hohoho...

2. Minggu ni banyak tolong SV buat website e-parlimen. Website yang sedang dibuat sekarang adalah untuk parlimen Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

3. Banyak yang aku dapat belajar semasa proses pembikinan website ni. Lebih-lebih lagi dalam codeigniter.

4. Habis internship aku ni nanti aku rase la, aku akan jadi seorang codeigniter expertise. Hahahaha.... Korang jangan jelez pulak. :P

5. Bercadang nak mula buat report mingguan yang tak pernah-pernah buat dari minggu 1 tapi masih tak terbuat sampailah sekarang. Ekekeke...

6. Teringin nak pergi MOSC 2010 (Malaysia Open Source Conference 2010). Tapi MOSC 2010 jatuh pada 29 Jun 2010 - 1 Julai 2010. Hari kerja. Agak-agak Bos bagi tak? Hurm...

7. Dalam seminggu ni, aku rasa aku dah mahir dengan CRUD (create, read, update, delete) dalam codeigniter. Hari-hari buat benda sama. Boring gak kadang-kadang.

8. Hujung minggu pergi ke pantai Bagan Lalang. Pantai Bagan Lalang ni aku tengok takde la cantik sangat, tapi makan-makan kat situ memang best. Lebih-lebih lagi kalau ade orang yang belanja. Hahaha... Pakcik aku bawak semua makan-makan kat situ. Dinner kat sebuah kedai berhampiran pantai. Makan sotong, udang, kerang... Pergh!! Memang mantap la... XD

9. Sabtu depan Kazen aku ajak g skolah beliau. Ade event ape ntah. Hari Ahad lak Pakcik aku ajak g hari keluarga. Hurm... Bz gile tiap-tiap weekend. Hehehe...

10. Sekian~

Ahad, Jun 20, 2010

Minggu 2 - E-Cuti

0. Minggu 2, 14 Jun 2010 - 20 Jun 2010.

1. Salam sejahtera kalian. Maka bersambung lagilah tulisan Pisyek untuk minggu kedua latihan industri atau praktikal di Terato Tech ni.

2. E-Cuti yang SV suruh buat tu, Pisyek berjaya siapkan fungsi-fungsi asas macam login, logout, admin, dan apply cuti je. Memang cikai gile ah. Masih jauh lagi, banyak lagi fungsi-fungsi menarik yang boleh Pisyek tambah.


Berada dihadapan pejabat Terato Tech

3. Gambar di atas bukan lah nak promote 1Malaysia ke ape, tapi cumalah nak tunjuk signboard Terato Tech tu. Hehehe...

4. E-Cuti yang Pisyek buat tu menggunakan Code Igniter. Apa itu Code Igniter? Code Igniter ni merupakan satu framework. Nak tahu lebih lanjut sila google sendiri. XD

5. Minggu ni bos belanja semua makan di Nasi Ayam Gemas. Er, rasanya cam biasa-biasa sahaja. Hehehe... Walaubagaimanapun, sebelah kedai Nasi Ayam Gemas ni, ada satu kedai yang jual keropok. Pergh, memang best la keropok kedai tu. Memang terasa ikan betul la. Segar lagi menyelerakan. Ekekeke... Nanti-kan gambar kedai tu.

6. Disebabkan oleh banyak kerja-kerja projek yang perlu disiapkan oleh team web, maka SV suruh Pisyek tolong beliau pula. Tolong sikit-sikit je, Pisyek bukan hebat sangat. (Oh, aku baru tahu yang aku ni x hebat sangat pun, hahahaha....)

7. Kalau kalian nak tahu, hari Jumaat selalunya akan diadakan meeting. So Friday is a meeting day. Hehehe...

8. Hurm, entri akan datang ingat nak post la camne cara pemakaian Pisyek ke ofis setiap hari. Hahahaha.... Mesti korang jelez nanti. Hehehe...

9. Ada beberapa lagi gambar yang hendak dikongsi sebenarnya, tapi rasa macam malas la pulak. Hahaha... Jadi, rasanya sampai di sini dahulu laporan Pisyek untuk kali ini. Semoga minggu depan banyak lagi benda-benda yang menarik untuk pisyek kongsikan.

Ahad, Jun 13, 2010

Minggu 1 - MAS di Terato Tech

0. Minggu satu, 7 Jun 2010 - 13 Jun 2010.

1. Hari ni genaplah 7 hari Pisyek di Bangi. Dah lima hari berpraktikal di Terato Tech. Isnin - Jumaat. 9 am - 6 pm.

2. Best ke Terato Tech ni? Dari 5 hari yang telah pun berlalu, Pisyek rase Terato Tech ni memang best untuk sesiapa yang nak menimba ilmu dengan banyaknya sewaktu latihan industri.

3. Nama Plant SV Pisyek ialah Aizuddin Manap. Beliau amatlah, er.. tuutt.. Hehe... Pisyek amat menyenangi beliau. Beliau ni baru je dengan Terato Tech. Baru masuk awal tahun 2010 katanya. Tapi beliau memang hebat. Tiada keraguan lagi. Pasal buat-buat web nih, hasil keje beliau memang mantop la daripada pandangan mata Pisyek.

4. Bos Terato Tech ni pun best gak. Minggu ni bos belanje semua makan KFC.

5. Tapi Pisyek dengan Mursyid kne makan atas lantai. Sebab meja makan tak muat. Hahaha... Di Terato ni, kate bos, ade 15 staff semua skali. Kecil sangat Terato Tech ni jika nak dibandingkan dengan PETRONAS kan? Hehehe....

6. Minggu ni Pisyek belajar apa itu SMARTY, Code Igniter dan refresh balik pasal PHP.

7. Dan ade satu task telah ditugaskan kepada Pisyek(tapi sebenarnya ada beberapa, ntah macam serabut je.. hoho...). Pisyek kene buat sistem E-Cuti. Apa tu? Ntah la... Ekekeke...

8. Dan ketika entri ini ditulis, sistem tersebut masih lagi belum siap. Jauh lagi. Baru siap part registration. Tu pun berterabur. Hohoho....

9. Jadi sekarang ni pulak tengah saspen sape la SV UTP yang akan datang pada minggu yang akan datang.

10. Harap-harap boleh la survive untuk minggu-minggu yang akan datang. Gud lak juge kepada teman-teman yang tengah intern, tak kira dimana anda berada, ingatlah Pisyek selalu... Hahahaha... XD

Jumaat, Jun 11, 2010

Sekapur sireh

1. Ini merupakan satu lagi hasil blog caca-marba Pisyek yang ntah ape-ape2.

2. Tujuan blog ini dihasilkan adalah sebagai diari mingguan, catatan Pisyek selama 32 minggu di Terato Tech, Jun 2010 - Jan 2011 (insya-Allah).

3. Kepada mereka-mereka yg tersesat di blog ini, lalu merasa tidak senang, panas hati, iri hati, dan lain-lain masalah berkenaan hati, sila tinggalkan sebarang jejak sebelum anda ke hospital atau berjumpa dengan mana-mana bomoh agar Pisyek boleh trace kalian kembali.

4. Segala cadangan, pendapat, kritikan adalah diterima dengan hati yang terbuka.

5. Entri yang akan datang akan ditulis pada hari Ahad, 13 Jun 2010 (insya-Allah).

6. Korang rasa korang akan datang jenguk blog ni selalu ke?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More